Pengadilan, tanpa penganiayaan

oleh Lutfi Hakim

Sesebuah pemerintah yang baru menerima kemenangan dan merampas tampuk kuasa, janganlah bersikap terlalu ghairah.

Lebih-lebih lagi jika selama ini mereka mengalami pelbagai tekanan, ancaman, dan kekangan, yang terpaksa mereka lalui untuk sampai di sini. Biasalah, itu lumrah perjuangan. Semua orang akan menjadi pejuang jika ia semudah bersiar-siar di taman.

Pemerintah baru negara kita telah menyatakan bahawa mereka mahu tertegaknya kedaulatan undang-undang (rule of law).
Ya, memang ini yang kita semua mahukan: sebuah negara yang teratur dan beradab, negara yang faham erti tanggungjawab, dan bebas dari salah laku. Maklumlah, pemerintah hari ini banyak menerima sokongan antaranya kerana kelemahan pemerintah terdahulu dalam aspek-aspek ini, sehingga ke tahap ia mencemar maruah kita semua.

Namun, pemerintah (dan kita semua) janganlah terburu-buru di dalam kerja menuntut pengadilan. Ini bukan bermaksud kita melupakan dan memaafkan, kerana jenayah-jenayah yang dilakukan bukan calang-calang. Sebaliknya, kita bersabar dan benarkan pihak yang bertanggungjawab menjalankan tugas mereka, dan kita bantu mereka di mana kita mampu.

Kita daulatkan undang-undang di atas dasar rasa belas kasihan, dan bukan dendam. Mustahil bangkai gajah ditutup dengan nyiru, tak perlu kita bertindak lebih dari perlu.

Biarlah kita melangkah ke era baru ini dengan penuh murni dan maruah. Biarlah semua lihat reformasi kita ini dilakukan dengan cerdik dan aman.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s